Objektif
- Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi,
Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan
interaksi ;
- Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan
;
- Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan
mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran
yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat
kanak-kanak ;
- Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep
diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik ;
- Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu ; dan
- Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.
Pengajaran dan Pembelajaran
Kurikulum
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari
2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-
Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-
i). Komunikasi
ii). Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii). Kemanusiaan
iv). Keterampilan diri
v). Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi). Sains dan Teknologi
ii). Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii). Kemanusiaan
iv). Keterampilan diri
v). Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi). Sains dan Teknologi
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika
KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga
12.00 tengahari.
Selain itu, KEMAS turut melaksanakan tambahan masa 2 jam (1 jam bagi setiap sesi) seminggu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kelas fardhu ain dan iqra’, Bahasa Inggeris, Muzik, Seni mempertahankan diri atau senaman dan seni tari mengikut keperluan.

Pendekatan
Pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran
Pemaju Masyarakat/guru Tabika KEMAS menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang kanak-kanak. Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan mengembirakan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :-

- Belajar Melalui
Bermain
Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima. - Bertema
Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih. - Bersepadu
Proses pengajaran dan pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Ini akan menyediakan kanak-kanak mendalamai atau meneroka sesuatu topik, banyak pilihan dan motivasi, menimbulkan kepuasan belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna, meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai murni. - Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan dengan rakan serta memperkaya pengalaman pembelajaran.
Penilaian dan Rekod Perkembangan
Kanak-kanak
Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui proses pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan serta pengukuhan.
Hasil penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi mengembangkan potensi kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan kerjasama Jabatan Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan fizikal dan gigi secara berkala di Tabika.

Pengurusan
Pengurusan, pengelolaan dan pemantauan Tabika ialah tanggungjawab dan kerjasama erat antara KEMAS dan masyarakat.- Pemaju Masyarakat/guru Tabika
Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan ibu bapa. - Pembantu guru Tabika
Bertanggungjawab menyediakan makanan tambahan, menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. - Jawatankuasa Tabika
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika, aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan masyarakat. - Penyelia Prasekolah
Membuat pemantauan pelaksanaan Tabika di peringkat parlimen.
Aktiviti
Aktiviti Kokurikulum- Kokurikulum Mingguan ;
- Masa – 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
- Aktiviti :
- Kelas Fardhu Ain/Iqra’
- Kelas Bahasa Inggeris
- Kompang/Percussion
- Seni mempertahankan diri
- Seni Tari/senamrobik
- Kokurikulum Tahunan :
- Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
- Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
- Lawatan Pendidikan/3K
Aktiviti dan Penglibatan ibu
bapa
Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

- Pendidikan
Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu membina bahan bantu mengajar untuk guru.
- Pendidikan
Keibubapaan
Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
- Aktiviti
Kokurikulum
Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka, penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.
- Aktiviti Keindahan, Keselamatan dan
Kebersihan Tabika
Bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tabika meningkatkan keindahan, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap, menganjurkan kempen-kempen bulanan seperti Kempen Kebersihan, Menabung dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan